(Stream Yard Live Streaming): Perkongsian Advokasi & KDB (Sesi II)

25 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2020, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah mengadakan Taklimat Perkongsian Advokasi & KDB menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. slot ini berlangsung selama 30 minit sahaja bermula jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari dan bertempat di Pusat Internet Komuniti Semop. Oleh itu, menerusi live streaming tersebut staff PIK Semop mengupas topik “Buli Siber” dan “Penyebaran Maklumat Palsu” kepada umum melalui facebook page Pusat Internet Semop.

Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.

Terima kasih kepada semua yang menonton video live streaming daripada Pusat Internet Komuniti Semop. Oleh itu, makluman kepada semua, kami juga amat mengalu-alukan anda ke pusat internet tetapi anda wajib memakai topeng muka, menggunakan handsanitizer dan jaga jarak 1 meter dalam pusat internet. Selain itu, hanya 5 orang peserta yang boleh memasuki pusat internet komuniti dalam satu masa. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali